fbpx

Hormat, tidak campur urusan hal ehwal Islam – Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitipkan pesana kepada rakyat khususnya mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia.

Sultan Sharafuddin bertitah, bahawa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh baginda memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

Tegas baginda, MKI juga dianggotai olen pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya yang melibatkan undang-undang dan agama Islam.

“Justeru, beta mengharapkan agar orang-orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal Agama Islam.

“Malah, penganut agama-agama lain seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia,” titah baginda dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini.

Baginda menitahkan demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Sultan Sharafuddin turut berkenan memetik ayat ke-enam surah al-Kafirun dengan Allah SWT telah berfirman, (yang bermaksud)

“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”, titahnya.

Baginda turut mengambil maklum kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Terdahulu, Anthony Loke memaklumkan kenyataan Koo Ham adalah merupakan satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa tersebut. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI