fbpx

Hector Bidoglio kembali teraju JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hector Bidoglio (kiri) berjabat tangan dengan Alistair Edwards ketika diperkenalkan oleh JDT pada Julai lalu sebagai ketua jurulatih ketika itu.

JOHOR BAHRU – Hector Bidoglio kembali meneraju kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Esteban Solari yang meninggalkan kelab itu setelah kontraknya tidak disambung.

Perkembangan itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards menerusi hantaran di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Menurut Edwards, Bidoglio, bukanlah asing bagi skuad Harimau Selatan kerana pernah berkhidmat seketika sebagai ketua jurulatih JDT dari Julai hingga November tahun lalu sebelum menjadi Pengarah Teknikal JDT.

Katanya, ketua jurulatih berusia 55 tahun itu telah membimbing Harimau Selatan menjadi juara dalam Liga Super Malaysia, Piala Malaysia dan Piala FA sepanjang tempoh itu.

“Beliau akan dibantu oleh penolong jurulatih musim lalu, Pablo Ricchetti dan penolong jurulatih baharu dari Argentina selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan dan perubatan yang akan menyertai kelab pada musim hadapan.

“Pemain veteran JDT, Aidil Zafuan Abd. Radzak yang diumumkan meninggalkan pasukan itu selepas 10 tahun juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector,” katanya menerusi hantaran itu.

Semalam, pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan beberapa lagi pemain akan meninggalkan kelab sebagai langkah kelab mengurangkan perbelanjaan.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI