fbpx

Harga minyak di India akan diturunkan sebagai hadiah Tahun Baru 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERAJAAN India di bawah pimpinan Modi (gambar kecil) akan mengurangkan harga minyak untuk tahun depan. - Foto Wion News

NEW DELHI  – Kerajaan pimpinan  Perdana Menteri, Narendra Modi sedang berusaha untuk menurunkan harga minyak sehingga 10 rupee (RM0.55) untuk satu liter sebagai ‘hadiah’ Tahun Baru 2024 kepada rakyat India, lapor portal berita Wion News semalam.

Pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang 1 Januari 2024. 

Menurut sumber, Kementerian Petroleum telah menyediakan cadangan pemotongan harga petrol dan diesel antara 8 rupee (RM0.44) hingga 10 rupee seliter untuk kelulusan Modi.

Rasional cadangan kementerian berkenaan adalah penurunan mendadak harga import minyak mentah.

Sumber berkata, pengurangan harga itu juga boleh menjadi petunjuk jelas daripada parti pemerintah tentang hasratnya untuk mengumumkan pilihan raya umum lebih awal.

Baru-baru ini, Parti Bharatiya Janata yang memerintah India memenangi tiga negeri iaitu Madhya Pradesh, Rajasthan and Chhattisgarh dalam pilihan raya tempatan di India. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI