fbpx

Galas amanah, pangkat bukan untuk bermegah – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan.

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara mengingatkan semua anggota dan pegawai jabatan itu bahawa pangkat dan kedudukan yang disandang bukanlah untuk bermegah.

Malah kata Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, dengan pangkat itu, semua anggota dan pegawai mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Ini kerana katanya, jika mereka mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan itu, pasti akan disoal di alam kubur dan mendapat pembalasan di Padang Mahsyar kelak.

“Walau sebesar mana pangkat kita, setinggi mana nama kita, kita akan pergi juga, saya juga akan pergi. Cumanya kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup dan bila malaikat maut akan menjemput kita.

“Hanya amalan dan nama baik akan kita tinggalkan dan dibangga oleh anak cucu kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang juga bekas Ketua Polis Kedah di lantik sebagai Pengarah JPJKK baharu menggantikan Datuk Seri Aidi Ismail akan bersara pada 1 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI