fbpx

Dadah bentuk belacan, keropok gagal lepas kawalan kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETULAN daun kering dipercayai ganja dibentuk menjadi bulat seakan-akan ketulan belacan.

PADANG BESAR – Tindakan seorang pemandu pelancong sambilan membawa masuk dadah jenis ganja dalam pelbagai bentuk seperti belacan dan makanan ringan di laluan pejalan kaki, gagal mengaburi mata penguat kuasa kastam di pos kawalan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 pagi pada 21 Disember lalu, pasukan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang lelaki rakyat Malaysia yang dilihat dalam keaadaan mencurigakan berjalan kaki memasuki negara.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, suspek berusia 24 tahun itu dilihat tiba awal pagi dan satu-satunya pejalan kaki yang cuba melewati sempadan dari Thailand menuju ke Malaysia pada waktu itu dengan menarik satu bagasi.

“Suspek meletakkan ketulan mampat daun kering dipercayai tumbuhan ganja pelbagai bentuk seperti bulat menyerupai belacan, keropok dan empat segi tepat dalam plastik lutsinar.

“Kesemua bahan disyaki dadah seberat 3.68 kilogram itu dibungkus dalam plastik lutsinar dan diletakkan di bawah timbunan pakaian dalam bagasi berwarna hitam namun pegawai kastam mengesan bahan terlarang itu berdasarkan bau kanabis,” katanya ketika sidang akhbar di pejabat JKDM Padang Besar, di sini hari ini.

Menurut Ismail, siasatan awal mendapati suspek dipercayai dari bandar Hatyai, wilayah Songkhla menuju ke Wang Kelian yang agak jauh kerana mungkin beranggapan pos kawalan itu paling selamat untuk melakukan penyeludupan.

“Siasatan kita juga mendapati suspek dipercayai mendapat bekalan dadah jenis kanabis bernilai RM11,408 itu juga dari bandar Hatyai dan cuba membawa masuk bahan terlarang itu untuk pengguna yang berada di negara ini.

“Satu perintah reman telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kangar dan suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI