PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di enam negeri sehingga pukul 11 pagi ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawang MetMalaysia, ribut petir diramal berlaku di negeri Perak (Hulu Perak), Kelantan (Jeli), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Johor (Kota Tinggi).
Tambah MetMalaysia, di Sabah antara kawasan yang terjejas adalah sekitar Sandakan dan Kudat.
“Keadaan sama juga diramal melanda Sarawak, iaitu di Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah,” menurut kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE