fbpx

Covid-19: Kategori hijau, tidak wajib pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR – Kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka berikutan situasi pandemik Covid-19 berada pada kategori hijau atau masih terkawal setakat ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, segala ketetapan terutama prosedur operasi standard (SOP) bergantung kepada tahap tertentu pandemik tersebut.

Menurut beliau, statistik Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati jumlah kes, kematian dan kemasukan pesakit ke hospital dalam keadaan terkawal.

“Justeru, pemakaian pelitup muka kepada rakyat belum diwajibkan kerana kita tidak berada pada tahap serius sama ada oren atau merah.

“Namun, saya amat menggalakkan pemakaiannya terutama bagi golongan rentan iaitu warga emas berusia 65 tahun ke atas dan komorbiditi,” katanya ketika ditemui selepas menziarah pesakit warga emas di Kampung Batu 4, Ijok di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan tiada varian baharu Covid-19 dikesan di Malaysia dan situasi terkawal dengan kebanyakan kes melibatkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

Dalam pada itu, kata Dzulkefly, rakyat kini perlu menerima hakikat untuk menempuh fasa ‘hidup bersama virus’.

“Kesedaran untuk menjaga keselamatan dan kesihatan kini bergantung sepenuhnya kepada diri masing-masing. Jika boleh elakkan berada di kawasan sempit yang jelas berisiko tinggi untuk dijangkiti pandemik tersebut,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI