fbpx

Buaya Tasik Kiambang masuk perangkap lepas 4 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya tembaga yang berjaya ditangkap itu.

SHAH ALAM – Kebimbangan lebih 400 penduduk di sekitar pinggiran tasik kiambang terutama di Apartmen Saujana, Serendah dekat sini mengenai kehadiran seekor buaya berakhir apabila reptilia itu memasuki perangkap, semalam.

Buaya tembaga jantan sepanjang lebih dua meter itu berjaya ditangkap kira-kira pukul 9.15 pagi di Tasik Kiambang.

Sebelum ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang perangkap menggunakan umpan ayam sejak empat minggu lalu.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, pihaknya memasang perangkap itu pada 1 Disember lepas susulan aduan dan maklumat diterima daripada rang awam.

“Pemantauan harian dijalankan kakitangan Perhilitan Hulu Selangor berjaya menemui buaya itu di dalam perangkap yang dipasang.

“Proses pemindahan melibatkan kekuatan 11 anggota berjalan lancar dan selesai pukul 3 petang semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, buaya tersebut dipindahkan ke Paya Indah Wetlands, Dengkil dan ditempatkan di pusat kuarantin. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan sepanjang operasi tersebut.

Sebelum ini, kehadiran buaya itu mencetuskan kegelisahan susulan tasik berkenaan yang bukan sahaja berhampiran penempatan penduduk, malah menjadi kawasan popular untuk kaki pancing. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI