fbpx

Anjur lebih banyak kejohanan sukan IPT, cungkil bakat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM ADLI (tiga dari kanan) menyampaikan plak kepada ketua kontinjen IPTS yang bertanding pada Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Masiswa Zon Selatan 2023 di Bukit Beruang, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyarankan agar lebih banyak pertandingan sukan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dilaksanakan bagi mencungkil bakat baharu.

Menterinya, Adam Adli Abd. Halim berkata, kejohanan itu secara tidak langsung menggalakkan perkembangan sektor industri sukan negara.

“Di peringkat Sukan SEA, atlet-atlet IPT mempamerkan prestasi cemerlang dengan menyumbang sebanyak 85 pingat daripada 175 pingat yang diperolehi oleh kontinjen negara.

“Justeru, saya yakin dan percaya bahawa kerjasama erat antara KBS dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah amat penting dalam membantu ekosistem kecemerlangan sukan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Kejohanan Sukan Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia (Masiswa) Zon Selatan 2023 di Kampus Universiti Multimedia (MMU) Melaka di sini, hari ini.

Masiswa berlangsung selama tiga hari sehingga 31 Disember menghimpunkan lebih 300 atlet yang akan menyertai tujuh acara bagi merebut 63 pingat yang ditawarkan.

Dalam pada itu, Pengarah Kampus MMU Melaka, Prof. Dr. Wong Eng Kiong berkata, usaha memajukan sektor sukan selepas era pandemik perlu diperhebatkan secara proaktif.

Menurutnya, pembangunan sukan adalah aspek penting dalam membentuk generasi muda pewaris masa depan yang cemerlang untuk negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI