fbpx

Alif Satar kemalangan selepas solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI, pelakon dan pengacara Alif Satar terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari mengerjakan solat Jumaat petang tadi.

PETALING JAYA – Malang tidak berbau apabila selebriti serba boleh, Alif Satar berdepan saat cemas apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Ketika kejadian, Alif dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengerjakan solat Jumaat, petang tadi.

Pengurus Alif, Dina sewaktu dihubungi Kosmo! Online memberitahu, keadaan penyanyi, pelakon dan pengacara itu tidak membimbangkan, namun perlu ditahan di wad di salah sebuah hospital swasta untuk pemantauan lanjut.

“Alif terlibat kemalangan petang tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat Jumaat. Dia naik skuter dan dilanggar sebuah kereta.

“Akibat kemalangan tersebut, Alif mengalami luka-luka dan telah dikejarkan ke hospital selepas orang awam menghubungi ambulans,” ujarnya.

Kata Dina lagi, kemalangan tersebut telah berlaku berhampiran Istana Negara ketika pelantun Lelaki Seperti Aku itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di Hartamas.

Walaupun mengalami luka, Alif terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri ada kecederaan dalaman.

“Saya pun tidak pasti berapa lama Alif akan ditahan di hospital. Sama-samalah kita doakan supaya dia tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Terdahulu, pensohor media sosial yang juga usahawan, Wak Doyok berkongsi beberapa keping gambar dalam akaun X miliknya, menunjukkan Alif, 33, terbaring di atas jalan dan diusung menaiki sebuah ambulans selepas terbabit dalam kemalangan.

“Marilah kita doakan sahabat saya, Alif Satar. Sebentar tadi dia kecelakaan motosikal di depan saya. Alhamdulillah semua baik-baik sahaja,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI