KUALA LUMPUR – Seramai 750 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikerahkan ke lima negeri yang masih terjejas dengan banjir.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selain kekuatan sumber manusia, pihaknya turut menggerakkan 144 aset ke lokasi terbabit.
“Berdasarkan laporan berkala, keadaan banjir hari ini lebih baik berbanding hari sebelumnya.
“Setakat 28 Disember (semalam), sebanyak 47 bot, 32 buah lori, 59 buah pacuan empat roda dan enam ambulans telah dikerah ke lima negeri yang masih ada masalah banjir. Buat masa ini semua aset selamat,”katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE