fbpx

2,913 kes demam denggi, 4 kematian pada ME 51 – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nyamuk Aedes merupakan penyebab utama jangkitan denggi. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah kes demam denggi bagi Minggu Epidemiologi ke-51 dilaporkan sebanyak 2,913 berbanding 3,140 kes pada minggu sebelumnya iaitu menyaksikan penurunan sebanyak 227 kes atau 7.2 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak empat kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan oleh pihaknya bagi tempoh sama.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-51 adalah sebanyak 120,418 kes berbanding 64,078 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 56,340 atau 87.9 peratus.

“Manakala sejumlah 96 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 50 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-51 adalah sebanyak 131 berbanding 124 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Daripada 131 lokaliti dilaporkan, 106 lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (10), Perak (lapan), Pulau Pinang (tiga), Kedah (dua) dan masing-masing satu di Negeri Sembilan serta Sabah,” ujarnya.

Jelas beliau, bagi survelan chikungunya pula, sebanyak tiga kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-51 menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini 196 kes.

Mengulas mengenai survelan zika, Dr. Muhammad Radzi berkata, sebanyak 3,836 sampel darah dan 428 sampel urin telah dijalankan saringan dan hasilnya adalah negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI