fbpx

Tidak dapat jumpa anak, Fizi Ali teruskan tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizi Ali masih tidak dapat berhubung dengan anak kesayangannya apabila panggilan telefon tidak diangkat dan mesej tidak berbalas.

PETALING JAYA – Bagai tiada kesudahan, penyampai radio Fizi Ali memilih untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan kemelut membabitkan urusan penjagaan anak dengan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Kata Fizi atau nama sebenarnya Mohd. Hafizudin Alimudin itu, dia masih tidak dapat berhubung dengan anak kesayangannya itu apabila panggilan telefon tidak diangkat dan mesej tidak berbalas.

“Seperti yang dijangka, panggilan telefon tidak diangkat, WhatsApp pula tidak dibalas.

“Lari la jauh mana boleh lari, tengok jauh mana boleh lari lagi, pusing selagi boleh pusing.

“Tarikh sudah dapat, kita akan selesaikan di tempat sepatutnya, sabar sikit lagi daddy jumpa awak (Ameena), Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Tinjauan Kosmo! Online menerusi ruangan komen mendapati, luahan Fizi ternyata mendapat pelbagai respons netizen yang rata-rata menyebelahi bekas isterinya.

Malah ramai menyifatkan lelaki berusia 34 tahun itu kuat meroyan selepas berkahwin baharu.

“Kenapa ‘post’ untuk nampakkan buruk satu pihak? Patut selesaikan diam-diam. Sudah-sudahlah meroyan, lama-lama siapa mahu layan?,” ujar netizen itu

“Kenapa begitu perangai sejak Fizi kahwin (baru)? Nampak sangat cemburunya, cubalah santai sikit, asyik nak merentan saja,” komen seorang lagi netizen.

“Siapa sahaja tidak marah kalau kau asyik puji isteri baharu sahaja, macam tiada baik langsung bekas isteri kau, moga keturunan aku dijauhkan daripada lelaki spesis kau,” demikian perli pengguna media sosial lain.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Kata Fizi, dia menunggu Ameena untuk tampil membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tiada.

Pada Jumaat lalu, penyampai radio berkenaan memuat naik hantaran dalam Instagram meluahkan rasa rindu terhadap anaknya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI