fbpx

Solari sah tinggalkan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA jurulatih JDT, Esteban Solari (kiri) sah tidak lagi meneruskan khidmatnya bersama pasukan musim depan. - RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal mendapat sentuhan pengendali baharu musim depan selepas Esteban Solari secara sah tidak lagi akan bersama pasukan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, beberapa individu daripada barisan kejurulatihan seperti Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero juga tidak lagi meneruskan khidmat musim depan.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada barisan kejurulatihan, pemain dan kakitangan yang akan meninggalkan kelab.

“Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30 ke 40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab.

“Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini,” menurut kenyataan JDT menerusi JOHOR Southern Tigers.

Dalam masa sama, pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan kelab selepas lama berkhidmat untuk kelab.

“JDT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pemain yang akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI