fbpx

‘Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta dibelanja kerajaan terdahulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – “Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu”.

Demikian kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi hantaran di media sosial X yang menyatakan perbelanjaan tersebut adalah sangat besar.

“Rakyat berhak tahu, sama ada semua direkod dengan baik atau jika ada sebarang perkara yang langgar undang-undang,” katanya sebentar tadi.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Persekutuan membelanjakan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Perbelanjaan tersebut digunakan oleh dua pentadbiran terdahulu dalam menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI