fbpx

Prestasi Nunez hadir pada waktu tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ (dua dari kiri) mendapat pujian daripada Klopp selepas cemerlang meledak satu gol ketika menewaskan Burnley awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menghamburkan pujian melangit kepada pe­nyerang utamanya, Darwin Nunez selepas meledak satu gol membantu pasukan itu menewaskan Burnley 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Turf Moor itu, The Reds tidak mempunyai masalah meraih tiga mata hasil ledakan Nunez dan Diogo Jota, sekali gus merampas carta EPL buat masa ini sebelum Arsenal turun menentang West Ham United awal pagi esok.

Menurut Klopp, prestasi Nu­nez hadir tepat pada masanya terutama apabila pasukan bakal kehilangan khidmat bintang sensasi, Mohamed Salah yang akan mewakili Mesir pada saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bermula 13 Januari ini.

“Saya sangat gembira kerana Nunez tidak meledak sebarang gol dalam 12 perlawanan lepas, tetapi kali ini tuah memihaknya kerana seorang penyerang akan dinilai menerusi jaringan.

“Kami tidak pernah sesekali meragui keupayaan Nunez ke­rana semua orang boleh terlepas peluang keemasan. Apa yang penting, pasukan dapat melakar kemenangan,” kata pengendali dari Jerman itu.

Sementara itu, kapten The Reds, Virgil Van Dijk mengakui, kemenangan yang diraih tersebut melonjakkan lagi semangat mereka dalam usaha untuk memburu kejuaraan EPL selepas kali ter­akhir melakukannya pada 2020.

“Ini adalah keputusan penting kerana kami mengharungi jadual cukup padat dalam tempoh 10 hari. Saya sangat gembira pasukan dapat mengekalkan momentum kerana hanya kemenangan yang diburu untuk terus mencabar liga musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN