fbpx

Pesara rugi RM250,000 jadi mangsa ‘love scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Dua lelaki tempatan mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM495,520.30 akibat terperdaya skim penipuan tawaran pekerjaan secara atas talian dan ‘love scam’.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menerima laporan daripada dua mangsa berusia 57 dan 69 tahun itu pada 21 dan 27 Disember lalu.

Katanya, bagi kes pertama, mangsa berusia 57 tahun yang tidak bekerja itu melaporkan telah menerima panggilan melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan pekerjaan sambilan secara atas talian.

“Terpredaya dengan pulangan yang dijanjikan, pengadu telah mengikut arahan suspek termasuk membuat pembayaran berjumlah RM252,900 ke beberapa akaun bank yang diarahkan.

“Namun begitu, pengadu tidak menerima sebarang pulangan sebagaimana dijanjikan, sebaliknya diarahkan untuk membuat pembayaran tambahan bagi mendapatkan keuntungan yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kumar berkata, bagi kes kedua, pesara syarikat swasta melaporkan telah mengenali seorang individu dari luar negara melalui laman sosial yang menyatakan kepada pengadu hasratnya untuk bekerja di Malaysia.

“Pada awal bulan ini, pengadu menerima panggilan telefon daripada suspek memaklumkan dia telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kerana dikatakan membawa wang tunai yang banyak dan tidak dibuat pengisytiharan.

“Suspek meminta bantuan pengadu untuk melepaskannya dari tahanan dengan mengarahkan pengadu membuat pembayaran ke akuan bank yang diberikan.

“Oleh kerana percaya suspek memerlukan bantuan, pengadu telah membuat pembayaran berjumlah RM242,620.30. Pengadu syak telah ditipu di mana setelah pembayaran dibuat, suspek gagal dihubungi semula,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI