fbpx

Penuntut kolej mengaku bersalah lari dari pemeriksaan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Seorang penuntut kolej lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa hendak menjalankan pemeriksaan, Khamis lalu.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman susulan tertuduh merupakan pesalah muda dan perlu menunggu laporan sosial 31 Januari nanti.

Muhammad Danish Darwisy Ali Cakir, 18, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Normaizan Ramli.

Berdasarkan pertuduhan, penuntut jurusan automotif di Banting itu dengan sengaja menghalang tiga anggota polis daripada menjalankan tugas dengan cara melarikan diri semasa hendak menjalankan pemeriksaan di Jalan Ampang Saujana, di sini, Khamis lalu, pada pukul 4.50 pagi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani mengesahkan tertuduh adalah pesalah muda dan menawarkan jaminan RM4,000.

Tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak merayu wang jaminan dikurangkan atas alasan ibu bapanya pendapatan rendah.

Mendengar rayuan kedua-dua pihak, Normaizan membenarkan wang ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan akan menunggu laporan sosial berkenaan tertuduh diperoleh pada 31 Januari hadapan.-KOSMO! ONLINE. Penuntut kolej mengaku bersalah lari dari pemeriksaan polis

Oleh AZMI NORDIN

AMPANG JAYA – Seorang penuntut kolej lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa hendak menjalankan pemeriksaan, Khamis lalu.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman susulan tertuduh merupakan pesalah muda dan perlu menunggu laporan sosial 31 Januari nanti.

Muhammad Danish Darwisy Ali Cakir, 18, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Normaizan Ramli.

Berdasarkan pertuduhan, penuntut jurusan automotif di Banting itu dengan sengaja menghalang tiga anggota polis daripada menjalankan tugas dengan cara melarikan diri semasa hendak menjalankan pemeriksaan di Jalan Ampang Saujana, di sini, Khamis lalu, pada pukul 4.50 pagi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani mengesahkan tertuduh adalah pesalah muda dan menawarkan jaminan RM4,000.

Tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak merayu wang jaminan dikurangkan atas alasan ibu bapanya pendapatan rendah.

Mendengar rayuan kedua-dua pihak, Normaizan membenarkan wang ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan akan menunggu laporan sosial berkenaan tertuduh diperoleh pada 31 Januari hadapan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI