fbpx

‘Mana mummy, kenapa tak jemput kami balik rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EUSOFF dan adiknya Maream yang kini tinggal bersama Norisham Samsuhah kini mula merasai kehilangan ibunya Mira Sharmila sejak 14 Disember lalu.

BATU PAHAT – Dua anak kepada ibu tunggal, Mira Sharmila atau Bella yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu mula bertanyakan tentang ibu mereka terutamanya pada waktu malam.

Biasanya wanita itu mengambil anak-anaknya yang ditinggalkan di rumah kakak dan pengasuh ketika waktu malam sebaik selesai membantu urusan perniagaan ibunya.

Kakaknya, Norisham Samsuhah, 36, berkata, dua anak saudaranya iaitu Eusoff, 4, dan adiknya, Maream, 2, kini tinggal bersamanya.

“Mereka seakan dapat merasakan kehilangan ibu terutama ketika waktu hendak tidur bersama sepupu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, apa yang dapat dilakukan keluarganya setakat ini adalah dengan memaklumkan  ibu mereka masih belum pulang dari kerja.

“Kami beritahu ibu mereka akan pulang lewat jadi tidak dapat jemput balik ke rumah.

“Antara pertanyaan Eusoff yang menyebabkan saya menitiskan air mata dan kelu lidah adalah “di mana mummy, kenapa tak jemput kami balik rumah?.

“Manakala Maream pula merengek seolah-olah mencari ibunya yang kebiasaannya akan mendodoikannya sebelum tidur,” katanya.

Norisham berkata, mereka sekeluarga berharap Bella dapat ‘dipulangkan’ ke pangkuan anak-anaknya dengan selamat oleh mana-mana pihak yang ‘menyimpan’ anak bongsu daripada dua beradik itu.

Ujarnya, ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Ani juga merayu orang ramai dapat memaklumkan kepada pihaknya atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya sekiranya mengetahui kedudukan Bella.

“Sudah beberapa hari ibu juga tidak dapat berniaga kerana tiada pembantu yang selama ini tugas tersebut digalas oleh Bella,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI