fbpx

Laluan Jalan Temerloh-Jerantut tutup, jambatan Kuala Krau mendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dimuat naik penduduk Kuala Krau di Facebook memaparkan laluan di Jalan Temerloh-Jerantut ditutup kerana jambatan yang mendap.

PETALING JAYA – Hakisan tanah di kawasan permukaan dinding abutment (penampan) akibat arus deras air banjir menyebabkan laluan di jambatan, Jalan Temerloh-Jerantut ditutup sepenuhnya.

Menerusi laporan di laman sesawang Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Temerloh, kejadian runtuhan di tepi penampan jambatan itu berlaku pada pukul 10 malam semalam.

Katanya, runtuhan itu dikategorikan sebagai kritikal serta tidak selamat dilalui oleh semua kenderaan.

“Status laluan terkini untuk pengetahuan orang ramai adalah jambatan lama ditutup dan lencongan laluan ke jambatan baru (dibuka dua hala).

“JKR sudah memasang TMP dan tanda amaran lencongan di tapak runtuhan tersebut. Pemantauan berterusan di kawasan runtuhan oleh RCSB turut dilakukan dari semasa ke semasa.

“Kita juga telah menghantar Notice of defect (NOD) untuk permohonan pembaikan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut berkenaan status bencana yang melibatkan laluan di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di Portal eBencana JKR di laman web http://bencanaalam.jkr.gov.my dan di talian hotline 03-26107727

Terdahulu, tular beberapa gambar di kumpulan Facebook ‘This is Kuala Krau’ memaparkan laluan di jambatan menghala ke Jerantut telah ditutup sepenuhnya.

Walau bagaimanapun penduduk berkata, laluan menghala ke Kuala Krau dibuka untuk laluan kontra ke arah Jerantut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI