fbpx

Upah RM10,000 bawa dadah punca rakyat Malaysia terjerat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menyifatkan peningkatan kes tangkapan rakyat tempatan di luar negara dikaitkan dengan keldai dadah di tahap membimbangkan.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata, tawaran upah yang lumayan antara RM5,000 hingga RM10,000 berjaya mempengaruhi dan memperalat rakyat negara ini untuk menyeludup dadah ke luar negara melalui media sosial.

Katanya, pada tahun 2021 seramai 32 orang tempatan ditangkap di luar negara atas kesalahan menyeludup dadah.

“Pada tahun 2022 pula seramai 17 orang ditangkap dan pada tahun ini sehingga November seramai 28 orang tempatan terpedaya enjadi mangsa kerana tertangkap di pintu mask pelbagai negara destinasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru orang rmaai agar lebih berhati-hati dan berwaspada supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket dadah yang semakin licik dengan tawaran yang diberikan.

“Mereka menawarkan habuan tinggi untuk mencari mangsa yang dapat digunakan untuk menyeludup masuk ke luar negara,” Katanya.

Justeru itu, Kamaruddin memaklumkan JSJN mengingatkan kepada seluruh masyarakat suapaya dapat menghubungi hotline JSJN di talian 012-2087222 dengan segera sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan atau keraguan

“Ini termasuk tawaran percutian percuma atau kerja di luar negara atau lain-lain tawaran dengan gaji yang lumayan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI