fbpx

‘Fitnah! UAI tak pernah sebut sebarang harga ceramah agama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar portal yang mendakwa UAI menerima caj ceramah agama sehingga RM40,000 (kanan).

PETALING JAYA – Seorang penceramah bebas tampil memberi penjelasan bagi membalas fitnah yang dilemparkan terhadap pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Hafiz Al Za’farani dalam satu hantaran di Facebook berkata, terdapat beberapa individu memfitnah Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI mengenakan caj ceramah agama sehingga RM40,000.

“Usaha untuk menggambarkan UAI sebagai penceramah selebriti yang mengenakan caj mahal adalah satu perbuatan yang jijik.

“Saya pernah menjadi penganjur program bersama UAI. Beliau dan pembantu peribadi tidak pernah menyebutkan sebarang harga.

“Jika ditanya, biasa-biasa orang bagi berapa, mereka tetap menjawab tiada ketetapan harga. Terpulang kepada penganjur,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, Hafiz turut memuat naik satu tangkap layar memaparkan berita palsu sebuah portal yang mendakwa UAI menerima caj ceramah agama sehingga RM40,000.

Tambah Hafiz lagi, UAI juga akan menguruskan sendiri berkaitan penerbangan dan hotel ketika pihaknya menjemput untuk mengadakan ceramah agama.

“Ini zaman manusia menghalalkan fitnah untuk tujuan sendiri. Semoga kita semua dilindungi,” katanya.

Terdahulu UAI menerima kecaman teruk daripada pengguna media sosial apabila potongan klip video ceramahnya tular.

Dalam klip video tersebut, UAI mendakwa ada pemimpin besar ‘jahil, keliru dan menyesatkan’.

Susulan itu, pengguna media sosial mempercayai kenyataan tersebut merujuk kepada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang disentuh sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) minggu lalu.

Anwar dalam kenyataan lainnya juga menegur golongan pendakwah yang terburu-buru membuat kenyataan tanpa menyemak konteks ucapannya mengenai kisah ‘Ashabul Kahfi’.

Tanpa menyebutkan nama, Anwar mengingatkan penceramah tersebut untuk tidak mengikut sentimen politik selain meneliti dahulu sebelum memberi apa-apa ulasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI