fbpx

Bayar yuran bas walau bersekolah hanya 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ibu bapa dan penjaga perlu membayar tambang bas sekolah bagi Februari 2024 pada kadar penuh walaupun hari persekolahan bulan tersebut cuma beberapa hari disebabkan cuti akhir persekolahan.

Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) berkata, Mohd. Rofik Mohd. Yusoff berkata, perkhidmatan bas sekolah adalah bagi tempoh setahun, bukan harian atau bulanan.

“Kami ada menerima pertanyaan daripada ahli GPPBSM mengenai ibu bapa atau penjaga yang mempersoalkan perkara ini kepada mereka.

“Sepatutnya tidak timbul lagi isu seperti ini kerana tambang bas sekolah adalah tambang regulasi. Persetujuan adalah untuk tempoh setahun, bukan harian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Rofik berkata, keuntungan pengusaha bas sekolah tidak besar dan mereka memerlukan bayaran untuk perkhidmatan mereka bagi menampung pelbagai kos termasuk kos bulanan.

Menurut beliau, ia termasuk kos gaji pemandu, penyelenggaraan, pinjaman bank dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Justeru, katanya, beliau berharap ibu bapa atau penjaga memahami keperluan untuk mereka membayar tambang penuh perkhidmatan bas sekolah bagi Februari tahun depan.

Jelas beliau, secara umum kadar tambang bas sekolah adalah berdasarkan persetujuan antara pengusaha dengan ibu bapa atau penjaga.

Bagaimanapun, katanya, kadar tersebut berbeza mengikut lokasi kerana tambang perkhidmatan bas sekolah di kawasan bandar adalah lebih tinggi.

“Kadar tambang bergantung kepada lokasi. Serendah RM50 untuk seorang pelajar sehingga RM200. Mungkin ada yang lebih tinggi lagi,” katanya.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan jika ibu bapa atau penjaga berkeras tidak mahu membayar tambang penuh menyebabkan pengusaha tidak lagi mahu menghantar anak mereka ke sekolah.

“Jangan sampai pengusaha merajuk. Nanti kalau merajuk susah. Jangan cakap senang dapat bas sekolah lain. Kalau nak tahu cubalah. Yang masih beroperasi majoritinya pengusaha ‘otai’. Tidak ramai yang mahu melakukan perniagaan ini.

“Sebelum pandemik Covid-19 ada kira-kira 18,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara. Sekarang ini tinggal kira-kira 8,000,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI