fbpx

Bapa lega anak perempuan hilang 4 hari kembali ke kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTER berita kehilangan pelajar yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang bapa kepada gadis yang dilaporkan hilang lega setelah anak perempuannya itu ditemui di kampus Politeknik Merlimau, Melaka malam semalam.

Junandi Tanjung Mansurdin, 58, berkata, kehadiran anak perempuannya, Balqish Mayshara, 18, disedari oleh rakan sebiliknya sebelum menghubungi ahli keluarganya kira-kira pukul 11 malam semalam.

Katanya, dia bersama anaknya yang lain yang bertolak ke dari Masai, di sini pada pukul 8.30 pagi menuju ke Balai Polis Merlimau menunggu pihak polis mengambil keterangan terhadap Balqish Mayshara.

“Saya merasa sangat bersyukur anak perempuan saya dalam keadaan selamat, runsing saya memikirkan keadaannya sejak beberapa hari lalu apabila hilang tanpa khabar berita.

“Bagaimanapun, saya masih belum tahu lanjut ke mana dia menghilang sebelum ini atau siapa yang menghantarnya pulang ke Politeknik. Apa yang saya tahu Balqish sudah ditemui dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Kini saya tunggu dia memberi keterangan sebelum membatalkan laporan kehilangannya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan pelajar tahun pertama Politeknik Merlimau dan tak pulang ke pangkuan keluarga selepas keluar dari kampus, pada Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI