fbpx

Banjir: Peruntukan segera RM6 juta bina 3 alur limpah PLSB Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PASIR MAS – Kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM6 juta untuk membina tiga alur limpah (spillway) di kawasan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu diluluskan termasuk untuk melaksanakan projek pembinaan alur limpah di kawasan benteng Projek PLSB Sungai Golok, Kampung Lanchang di sini pecah sejak kelmarin.

Menurutnya, permohonan sebanyak RM6 juta itu diluluskan segera kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Langkah yang dicadangkan (untuk mengatasi masalah benteng pecah) adalah membina alur limpah di tiga kawasan termasuk benteng yang pecah.

“Sehubungan dengan itu, peruntukan segera sebanyak RM2 juta untuk setiap lokasi pembinaan alur limpah. Permohonan peruntukan itu saya luluskan segera,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan, benteng Projek PLSB Sungai Golok di Kampung Lanchang, di sini pecah selebar 20 meter sejak pagi kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku akibat arus deras Sungai Golok sekali gus menyebabkan beberapa kawasan di Meranti, Gelang Mas di Pasir Mas dan Pengkalan Kubor, Tumpat mula ditenggelami bah.

Mengulas mengenai perkembangan Projek PLSB Sungai Golok, Anwar memberitahu, projek tersebut masih belum siap sepenuhnya.

Katanya, sehubungan itu, pembinaan alur limpah merupakan langkah untuk mengelakkan banjir melimpah ke tempat lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI