fbpx

Banjir: Peruntukan RM50 juta bantu mangsa di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) menyantuni mangsa banjir yang berlindung di SMKA Lati, Pasir Mas hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PASIR MAS – Kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM50 juta untuk membantu mangsa yang terjejas kejadian banjir di Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan yang akan diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu diagihkan kepada mangsa dengan jumlah RM1,000 bagi satu keluarga.

Menurutnya, segala peruntukan tambahan akan dikenal pasti selepas ini setelah kerosakan dan kerugian mangsa bah disahkan oleh pegawai yang akan dipertanggungjawabkan.

“Setakat ini, kita meluluskan peruntukan melalui Nadma sebanyak RM50 juta yang akan diagihkan terus kepada penduduk atau keluarga terlibat. Memang RM1,000 untuk satu keluarga.

“Sebelum ini, ada tambahan peruntukan selepas kerugian disahkan oleh pegawai,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, langkah penting yang perlu diambil ketika ini adalah untuk meredakan tekanan penduduk akibat bencana alam tersebut.

Beliau mengakui tidak semua masalah berkaitan banjir dapat diselesaikan, tetapi terdapat hal-hal tertentu yang harus disegerakan.

Terdahulu, Sekreteriat Pengurusan Bencana Kelantan memaklukan, setakat pukul 2 petang tadi, seramai 21,252 mangsa bah terjejas di empat buah daerah di Kelantan setakat ini.

Kesemua mangsa tersebut ditempatkan di sebanyak 60 buah PPS di seluruh negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI