fbpx

Banjir: ICQS Rantau Panjang kembali beroperasi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ICQS Rantau Panjang yang ditutup selama dua hari akibat banjir kembali beroperasi hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang dekat yang ditutup selama dua hari ekoran banjir kembali beroperasi semula hari ini.

Bahagian Perancangan Startegik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu kenyataan berkata, ICQS Rantau Panjang itu dibuka semula secara rasmi hari ini.

Menurutnya, pembukaan semula operasi kompleks itu memudahkan urusan keluar dan masuk ke negara ini atau negara jiran.

Semasa ICQS Rantau Panjang ditutup, urusan rentas sempadan dijalankan di ICQS Bukit Bunga di Jeli dan Pengkalan Kubor, Tumpat.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan, ICQS Rantau Panjang terpaksa ditutup buat sementara waktu akibat terjejas banjir berkuat kuasa Selasa lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Ruzaana Mohamed berkata, penutupan ICQS itu dijalankan berikutan kenaikan paras air di Rantau Panjang.

Menurutnya, selain itu, jalan raya di sekitar ICQS juga sudah ditutup kepada semua kenderaan selain pegawai agensi yang lain juga sudah tidak bertugas berikutan paras air meningkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI