fbpx

Wanita merajuk baring atas jalan selepas ‘kantoi’ curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut tidak menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang di sekelilingnya. – Tribun Medan

BEIJING – Sebuah video tular di media sosial China memaparkan gelagat seorang wanita yang berbaring di atas jalan kerana merajuk terhadap suaminya selepas dia ditangkap berlaku curang, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian itu dirakam di wilayah Hainan pada 18 Disember lalu.

Menurut seorang saksi  dikenali sebagai Song, dia pada awalnya menyangka wanita tersebut mengalami depresi atau mabuk sehingga membuatkan mangsa  terbaring di atas jalan.

Song menghampiri wanita berkenaan untuk bertanyakan keadaan dan membantunya, namun dia tidak dihiraukan.

Ketika ingin berlalu dari situ, seorang individu menjelaskan bahawa wanita dikenali sebagai Truong itu baru sahaja ditangkap oleh suaminya berlaku curang di sebuah hotel.

Ketika bertengkar di tepi  jalan, Truong meminta si suami memujuknya untuk pulang ke rumah dengan cara berbaring di kaki lima  jalan.

Namun, permintaan wanita itu tidak dihiraukan, manakala suaminya terus beredar.

“Saya belum pernah melihat peristiwa seperti ini. Dia mengkhianati suaminya, itu adalah kesalahannya. Namun, mengapa dia meminta si suami memujuknya?” kata Song.

Video yang dimuat naik itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Sangat aneh. Curang dan minta suami memujuk dan mengajak pulang. Berbaring sahaja di situ sampai tua,” kata seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI