fbpx

Ular sawa gergasi jadi lauk aligator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR aligator menelan ular sawa Burma di Taman Negara Everglades baru-barui ini. - Foto Alison Joslyn/Storyful

WASHINGTON  – Seorang jurugambar amatur merakam video menunjukkan seekor aligator memakan  ular sawa Burma di Shark Valley, Taman Negara Everglades dalam negeri Florida, lapor portal Fox News semalam.    

Alison Joslyn yang sedang mengayuh basikal,  tiba-tiba melihat reptilia itu membaham ular bersaiz besar pada 20 Disember lalu.

Wanita itu kemudian merakam kejadian itu dan berkongsinya di media sosial.

Alison  memberitahu laman berita Storyful: “Saya tahu bahawa saya melihat sesuatu yang sangat istimewa. Saya fikir kedua-duanya mungkin sudah mati sehinggalah aligator itu membuka mata dan merenung ke arah saya.”

Suruhanjaya Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC) menganggap ular sawa Burma sebagai spesies invasif kerana kesannya terhadap hidupan liar asli, menurut laman web FWC.

Ia terkenal sebagai antara ular terbesar di dunia dan sering ditemui berhampiran atau di dalam air. 

Ular sawa Burma dewasa yang ditangkap di Florida secara puratanya berukuran panjang antara 1.82 meter hingga 2.74 meter, manakala ular paling besar memiliki panjang 5.48 meter, kata FWC. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI