fbpx

Segamat pula dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah penduduk di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat yang mula digenangi air dalam kejadian banjir hari ini. Foto oleh FARAHWAHIDA AHMAD / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 108 penduduk setakat pukul 2 petang tadi melibatkan 30 keluarga yang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dan Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, Mersing merekodkan jumlah mangsa banjir seramai 83 penduduk daripada 25 keluarga.

“Kesemua mangsa banjir di Mersing itu melibatkan penduduk Kampung Orang Asli Peta yang dipindahkan ke PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin yang dibuka sejak 6 petang, semalam.

“Keadaan banjir itu menyebabkan Jalan Kampung Orang Asli Peta itu terputus hubungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Johor berkata, dua buah PPS mula dibuka sejak 2 petang tadi di Segamat di Balai raya Kampung Baru Badak dan Balai raya Kampung Jabi.

Katanya, seramai 17 penduduk di Kampung Sebarang Batu Badak, Jementah dipindahkan ke PPS Balai raya Kampung Baru Badak manakala lapan penduduk di Kampung Sermin, Pemanis dipindahkan ke PPS Balai raya Kampung Jabi.

“Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan amaran ribut petir di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian, manakala di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru diramal hujan berterusan sehingga esok,” katanya.

Katanya, laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor menunjukkan Sungai Sayong, Kulai berada di paras bahaya dengan ketinggian semasa 18.19 meter (m), manakala beberapa sungai lain pada tahap waspada serta amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI