fbpx

Penuntut universiti maut terjatuh tingkat 34 ketika cuba ambil baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut universiti maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru di sini, malam tadi.

Difahamkan, pemuda berusia 18 tahun itu terjatuh ketika ingin mengambil pakaiannya di balkoni.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.17 malam.

Katanya, mayat remaja itu ditemui di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat berkenaan.

“Hasil soal siasat bersama dua saksi kejadian mendapati remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.

“Mangsa dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Dellhan, mayat dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Ujarnya, siasatan lanjut masih sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI