CHANGLUN – Seorang penunggang motosikal maut dengan kesan melecur sebanyak 60 peratus dalam kemalangan bersama sebuah lori di hadapan sebuah stesen minyak, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.45 petang tadi.
“Berikutan kejadian itu, mangsa yang juga seorang lelaki, disahkan maut di lokasi kejadian dengan motosikal ditungganginya turut terbakar manakala siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.36 petang tadi dan memaklumkan bahawa mayat mangsa telah diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE