fbpx

Pemandu lori mengaku tidak salah simpan diesel tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chandrakumar (tengah) dituduh memiliki diesel tanpa lesen di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual iaitu 24,676 liter diesel tanpa lesen sah, tahun lalu.

Tertuduh, G. Chandrakumar, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa ada dalam milikannya barang kawalan tersebut yang disimpan di dalam sebuah premis di Kawasan Perusahaan Pinang Emas, di sini kira-kira pukul 1.13 tengah hari, 4 Oktober 2022.

Perbuatan tertuduh itu didakwa dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan barang kawalan secara borong tanpa lesen.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI