fbpx

Model dedah payudara di tempat awam berdepan penjara setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER mendedahkan payu daranya di tempat awam di Balneario Camboriu, Mei lalu. - Foto Divulgacao

BRASILIA  –  Seorang model bikini berdepan hukuman penjara selepas dia mendedahkan payudara dan menuntut penjelasan mengapa dirinya dipersalahkan sedangkan perlembagaan Brazil menjamin kesaksamaan jantina, lapor portal berita MailOnline semalam.

Caroline Werner, 37,  menyelar negaranya sendiri kerana tidak mendakwa kaum lelaki atas kesalahan serupa.

Ahli perniagaan wanita yang memiliki jenama bikininya sendiri itu berkata, dia dikasari oleh anggota-anggota polis dan dirantai di lokap  selepas ditahan di bandar Balneario Camboriu, selatan Brazil.

“Malangnya, di negara saya walaupun Perlembagaan memastikan kesaksamaan jantina, dalam amalan, perkara ini tidak berlaku,” kata Werner kepada saluran berita Brazil, G1.

Werner menerima saman kerana melakukan perbuatan lucah selepas menanggalkan bajunya di pantai dan mengikat pakaian itu di pinggangnya sebelum mula berjalan  bersama anjingnya pada Mei lalu.

Dia dituduh melakukan perbuatan lucah di tempat awam dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum satu tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI