WUJUD polemik dalam kalangan pelaku dan pemerhati seni bahawa pertandingan nyanyian zaman sekarang tidak membantu dalam usaha mencungkil bakat-bakat muzik baharu. Kalau dilihat dari kaca mata arus perdana, pertandingan nyanyian berbentuk program realiti seperti Gegar Vaganza, Big Stage, Famili Duo hanyalah ‘mencungkil’ bakat seni sedia ada bukan dari peringkat akar umbi. Perkara tersebut dibangkitkan penyanyi senior, Aris Ariwatan kepada penulis baru-baru ini. Menurutnya, situasi itu tidak sepatutnya dibiarkan kerana tidak akan memajukan industri seni tanah air sedangkan negara-negara lain seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya