fbpx

Juara kelab dunia ‘dahagakan’ gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berharap kejayaan menjulang Piala Kelab Dunia memberikan motivasi kepada mereka untuk memulihkan prestasi dalam kempen EPL musim ini. – MANCHESTER CITY FC

MANCHESTER – Kejayaan me­rangkul Piala Kelab Dunia baru-baru ini nyata membakar sema­ngat pemain-pemain Manchester City bagi memburu lebih banyak gelaran termasuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

City dianggap menampilkan aksi kurang memberangsangkan pada kempen EPL musim ini apabila juara bertahan itu sekadar menghuni tangga kelima selepas mencatat 10 kemenangan, empat seri dan tiga kekalahan.

Justeru, pemain pertahanan The Citizens, Nathan Ake melaungkan amaran bahawa pasukan itu masih dahagakan kejua­raan dan sedia untuk kembali ke landasan sebenar menjelang pertemuan dengan Everton di Goodison Park awal pagi esok.

“Semua pemain berada dalam keadaan sangat gembira dan bersemangat ketika ini. Kami tahu bagaimana rasanya mengalami kekalahan dan kami tidak mahu perkara seperti itu kembali ber­ulang dalam pasukan.

“Sudah tentu semua pemain tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini bagi mengekalkan ren­tak kemenangan. Sekarang kami akan kembali kepada ­sai­ngan EPL dan fokus sepenuhnya untuk menang,” katanya.

Dalam pada itu, Ake turut memuji kredibiliti dimiliki pengurus City, Pep Guardiola yang dianggap sebagai jurulatih terbaik di dunia atas kemampuan beliau dari segi teknikal serta pengurusan pasukan.

“Kami anggap setiap hari kami belajar sesuatu yang baharu da­ripada Pep (Guardiola). Dari segi teknikal, beliau memiliki kemahiran yang cukup baik selain melihat permainan bola sepak daripada perspektif berbeza,” ujar Ake. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI