fbpx

Johor salur RM8.4 juta baik pulih asrama pelajar di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fared (tengah) memotong riben sebagai simbolik menyempurnakan majlis penyerahan Bangunan Asrama Pelajar Johor di Mesir ketika mengadakan lawatan ke Kaherah dan Jordan

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM8.4 juta bagi membaik pulih dua buah asrama pelajar Johor di Kaherah, Mesir.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, usaha membaik pulih asrama itu dijangka akan memberikan suasana lebih kondusif kepada 250 pelajar Johor.

Katanya, sebelum ini, pelajar terbabit terpaksa menginap di rumah sewa yang kurang selesa.

“Bangunan asrama di Rabaah bakal menempatkan seramai 154 pelajar manakala asrama tiga tingkat di Hayyu Thamin boleh dimanfaatkan oleh 96 pelajar. Asrama di Hayyu Thamin itu dilengkapi dengan sebuah rumah pegawai dan tetamu, dewan, surau serta ruangan santai di bahagian atas bumbung.

“Kemudahan itu diharap digunakan sebaiknya dan dapat memberi keselesaan serta perlindungan kepada pelajar Johor yang berada di negara berkenaan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Asrama Pelajar Johor pasca baik pulih di Kaherah, Mesir.

Mohd. Fared berharap bahawa para pelajar dapat menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin dengan belajar secara tekun dan menggunakan kemudahan itu sebaiknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI