fbpx

Jangan nak untung atas angin, ambil pekerja PATI – DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis yang dikompaun oleh DBKL dalam satu operasi semalam kerana menggajikan PATI. - FOTO DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan kompaun terhadap sebuah premis di Jalan Mega Mendung, di sini, semalam kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit bekerja yang sah.

Menurut satu kenyataannya, tindakan penguatkuasaan diambil dengan mengeluarkan dua notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Penempatan Makanan (WPKL) 2016 (1)(b) terhadap premis berkenaan.

“Isu pemilik perniagaan warga tempatan menggajikan warga asing telah lama diperkatakan. Lebih buruk lagi warga asing yang digajikan tidak mempunyai permit bekerja.

“Walau apa pun alasannya, peraturan perlulah dipatuhi. Jika melibatkan pekerja warga asing perlulah dengan permit yang sah,” katanya.

Tegas DBKL lagi, pemilik premis juga dinasihatkan supaya tidak mengutamakan untung semata-mata dengan meminjamkan lesen kepada warga asing.

“Paling penting jangan pula nak untung atas angin dengan ‘mengali babakan’ lesen kepada warga asing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI