fbpx

Isteri kerat, ‘flush’ zakar suami dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut mengepam zakar suaminya ke dalam mangkuk tandas selepas mengerat organ itu. – AGENSI

SAO PAULO, BRAZIL – Seorang wanita di Brazil mengerat zakar suaminya dan  mengepam organ tersebut ke dalam mangkuk tandas, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dia berbuat demikian selepas mendapat tahu si suami curang bersama anak saudaranya yang berusia 15 tahun.

Wanita berusia 34 tahun itu kemudian pergi ke balai polis untuk melaporkan kejadian tersebut dan mengaku perbuatannya pada 22 Disember lalu.

Menurut suspek, dia mengumpan mangsa dengan mengikatnya pada katil sebelum menggunakan pisau cukur untuk mengerat kemaluan lelaki tersebut.

Selepas merakam gambar organ yang putus itu, suspek mengepamnya ke dalam mangkuk tandas.

Dalam pengakuannya kepada polis, suspek berkata, dia bertindak demikian kerana tahu amat sukar untuk menyambung semula zakar yang telah putus.

“Selamat petang tuan. Saya mahu memperkenalkan diri kerana saya baru sahaja mengerat zakar suami,” katanya kepada pegawai bertugas di balai polis.

Wanita tersebut kini ditahan dan didakwa atas kesalahan cubaan membunuh.

Sementara itu, mangsa yang berusia 39 tahun ditemui masih hidup dan dibawa ke hospital. Keadaannya bagaimanapun tidak dijelaskan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI