fbpx

Gelombang ketiga: Mangsa banjir di Kelantan meningkat 17,307 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Orang Asli Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di Gua Musang menaiki sampan selepas kawasan penempatan mereka terjejas banjir semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan hari ini meningkat kepada 17,307 orang berbanding 15,147 meskipun cuaca baik di kebanyakan kawasan sejak semalam.

Sekretariat Pengurusan Bercana negeri dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah itu menunjukkan penambahan sebanyak 2,160 mangsa banjir.

Menurutnya, kesemua mangsa itu terdiri daripada 5,466 keluarga yang ditempatkan di 87 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

“Setakat ini, lapan daerah terjejas banjir iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai.

“Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 12,791 orang, Kuala Krai (2,383), Tanah Merah (1,216) dan Machang (204), Gua Musang (95), Jeli (82), Kota Bharu (42) dan Pasir Puteh (39),” katanya.

Menurut kenyataan itu, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Golok (Rantau Panjang) masih melepasi bacaan paras bahaya.

Menurutnya, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (Kota Bharu) dan Sungai Golok (Kuala Jambu dan Tumpat) melepasi tahap amaran.

“Sungai Nal di Kuala Krai dan Empangan Bukit Kwong, Rantau Panjang mencatatkan bacaan berjaga-jaga manakala sungai lain di negeri ini masih berada pada paras normal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI