fbpx

EPL: Liverpool kembali rampas carta liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darwin Nunez meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Burnley pada aksi liga awal pagi tadi. - Foto ihsan Twitter/X Darwin Nunez

LONDON – Pasukan Liverpool berjaya merampas carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Burnley 2-0 pada aksi di Stadium Turf Moor awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, The Reds tidak mempunyai masalah meraih tiga mata hasil ledakan Darwin Nunez dan Diogo Jota, sekali gus merampas carta teratas EPL buat masa ini sebelum Arsenal turun menentang West Ham United awal pagi esok.

Kapten The Reds, Virgil van Dijk mengakui kemenangan yang diraih melonjakkan lagi semangat pasukan dalam usaha untuk memburu kejuaraan EPL pertama sejak tahun 2020.

“Ini adalah keputusan penting kerana kita mengharungi jadual cukup padat dalam tempoh 10 hari ini. Saya sangat gembira pasukan dapat mengekalkan momentum kerana hanya kemenangan yang diburu untuk terus mencabar liga musim ini,” katanya.

Kemenangan tersebut menyaksikan Liverpool kini mendahului carta dengan mengutip 42 mata dengan dibezakan dua mata berbanding Arsenal yang akan mengharungi aksi pada awal pagi Jumaat nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI