fbpx

Bercuti di London, Aaron Aziz kena ‘scam’ isteri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Aaron Aziz menceritakan detik lucu bercuti bersama isteri di London.

PETALING JAYA – Percutian indah adalah impian semua orang namun buat pelakon terkenal Aaron Aziz, semua kenikmatan ada bayaran yang harus dilunaskan, termasuk ditipu isteri sendiri.

Aaron yang kini menikmati percutian di United Kingdom (UK) bersama keluarga terpaksa berdepan situasi tidak disangka dek segala perancangan dilakukan isteri tercinta, bukan sekali tetapi pernah terjadi sebelum ini.

Semua berlaku apabila isterinya, Datin Diyana Halik merahsiakan jam perjalanan untuk ke sesebuah tempat dengan menaiki kereta api.

“Bersuka rialah Aaron Aziz di Edinburgh kerana mengingatkan saya tentang pengembaraan trauma menaiki kereta api Chamonix bertahun lalu.

“Isteri saya tidak memberitahu saya bahawa (perjalanan) kereta api selama sembilan jam, tetapi pemandangan membuatkan saya lupa segalanya.

“Apabila sudah berkahwin 20 tahun, tiada pertikaian kerana kes ditutup,” kongsinya menerusi Instagram.

Selain itu, pemilik nama lengkap Aaron Mustapha Aziz, 47, turut menyenaraikan beberapa kelakuan lucu isterinya sepanjang berada di Edinburgh.

“Masya-Allah apabila isteri hanya memberitahu tentang London dan tempat tinggal di sana dan beritahu hanya lima minit ke stesen kereta api tetapi jumlah sebenar 20 minit.

“Apabila dia memberitahu jalan lurus ke rumah dari stesen kereta api, Edinburgh tetapi kena mendaki enam tangga berserta bagasi.

“Apabila lapar, isteri masak nasi lemak ketika tiba sehingga membuatkan anda lupa mengenai tangga tadi,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Aaron dan Diyana mendirikan rumah tangga pada Ogos 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 17, dan Dahlia Arissa, 13. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI