fbpx

Bapa hilang, anak selamat daripada lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan operasi SAR warga Singapura yang hilang selepas beriadah di pantai dekat sebuah hotel terkemuka di Desaru, hari ini.

KOTA TINGGI – Padah tidak mengendahkan amaran bendera merah yang dipasang, seorang warga Singapura kini masih hilang disyaki lemas dipukul ombak ketika beriadah di pantai dekat sebuah hotel terkemuka di Desaru, di sini hari ini.

Mangsa, Isaac Kelvin Tan Lee Thong, 49 masih belum ditemui, manakala anaknya Gabriel lan Tan Way Ping, 16, yang terselamat dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Masri Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 12.33 tengah hari melibatkan dua orang mangsa.

Katanya seramai 17 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Sungai Rengit dan Mersing dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mangsa dilaporkan dipukul ombak ketika sedang berada di gigi air laut menurut maklumat orang awam. Mangsa masih belum dijumpai, manakala remaja 16 tahun itu berjaya diselamatkan orang awam sebelum pihak bomba sampai.

“Pasukan bertindak operasi (PKO) bertindak membuat pencarian dengan menggunakan teknik surface searching,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Masri berkata operasi pencarian masih dilakukan dimana katanya kawasan pantai berkenaan juga telah dipasang tanda amaran bendera merah sebagai larangan melakukan aktiviti di laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI