fbpx

Banjir Kelantan: 500 penduduk Orang Asli di Pos Lebir terkepung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina (kanan) meninjau keadaan jalan yang bertakung dengan banjir di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Kira-kira 500 penduduk Orang Asli Suku Kaum Mendriq dan Bateq di Kampung Pasir Linggi termasuk Kampung Machang, Pos Lebir di sini masih terkepung apabila empat laluan masuk ke penempatan mereka masih ditenggelami banjir sejak lima hari lalu.

Penghulu Kampung Pasir Linggi, Harun Ismail berkata, situasi itu menganggu rutin harian penduduk sama ada mahu ke bandar Musang atau Kuala Krai.

“Di kawasan ini terdapat tiga batang sungai, bila hujan air akan melimpah keatas jalan sehingga menyebabkan kami terpaksa menaiki perahu sebanyak tiga kali.

“Perahu tersebut akan diletakkan kawasan terlibat bagi memudahkan urusan penduduk jika berdepan situasi cemas,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Terdahulu, penduduk Kampung Pasir Linggi menerima kunjungan dari Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan yang meninjau keadaan banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Pasir Linggi, Mohd. Alang Sakarwi, 45, memberitahu, pihaknya berterima kasih kepada JKOA dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang telah menghantar bantuan bakul makanan kepada 110 keluarga di Kampung Pasir Linggi dan Kampung Machang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI