fbpx

Anwar ke Kelantan esok tinjau keadaan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera menjalankan pemantauan di sekitar kawasan Lubok Jong, Pasir Mas yang terjejas banjir, baru-baru ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Kelantan esok, bagi meninjau bencana banjir di negeri itu.

Menurut Perdana Menteri, keadaan banjir di Kelantan semakin membimbangkan.

“Insya-Allah esok saya akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkan di sana.

“Semoga Allah segera mengangkat bencana ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Esok, Anwar turut diijadual mendengar taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan kerajaan negeri berkenaan banjir di negeri itu.

Ia bagi mendapatkan gambaran semasa berkenaan kesiapsiagaan aset dan operasi menyelamat serta bentuk bantuan segera kepada mangsa banjir.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang tertinggi melibatkan 17,466 orang dan daerah terjejas teruk termasuk Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah serta Gua Musang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI