BATU PAHAT – Lima individu dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang wanita dikenali sebagai Bella di daerah ini pada 14 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya juga sudah dua kali merakam keterangan teman lelaki mangsa, Mira Sharmila Samsusah, 34, yang merupakan ibu tunggal.
Katanya, sehingga kini kehilangan wanita tersebut masih dikatogarikan sebagai orang hilang.
“Kami berharap orang ramai dapat memberi ruang kepada polis untuk melakukan siasatan. Pihak kami masih menunggu perkembangan siasatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bella yang merupakan ibu kepada dua anak berusia empat tahun dan setahun hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios berwarna putih. Wanita itu kemudiannya gagal dihubungi sehingga hari ini. – KOSMO! ONLINE