fbpx

Warga emas harung banjir dengan rakit buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan mengharung banjir dengan rakit buatan sendiri di Kampung Besut, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang lelaki warga emas membina rakit diperbuat sepenuhnya daripada buluh sebagai pengangkutan utama selepas penempatannya di Kampung Besut di sini dilanda banjir sejak kelmarin.

Azizan Abdul Rahman, 69, berkata, rakit untuk digunakan untuk membawa keluar ahli keluarganya mengharung banjir bagi berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan selamat.

“Kawasan perumahan saya memang kerap dilanda banjir sedalam sekurang-kurangnya 1.5 meter pada setiap musim tengkujuh.

“Tidak selamat buat kami untuk mengharung banjir dengan berjalan kaki. Sebab itu saya membina rakit,” katanya ketika ditemui di Kampung Besut di sini hari ini.

Azizan berkata, selain membawa ahli keluarga, rakit itu juga boleh digunakan untuk mengangkut barangan berharga yang ringan.

Dia berkata, rakit tersebut dibina daripada rimbunan buluh yang boleh didapati secara percuma di sekitar perkampungannnya.

“Biasanya saya akan meleraikan keratan buluh selepas berakhirnya musim tengkujuh.

“Ia akan disimpan baik-baik sebelum digunakan semula untuk kegunaan musim banjir tahun hadapannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI