fbpx

Pura-pura raih simpati sebelum kebas jam tangan, cincin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustafa (kanan) dan isterinya, Zainon Mohd. Yusof, 60.

SABAK BERNAM – Seorang lelaki warga emas kerugian RM4,400 apabila diperdaya tiga individu yang mencuri jam tangan dan cincin miliknya di pasar pagi Taman Sekinchan Jaya di sini, hari ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Mustafa Mohd. Akhir, 71, membeli juadah sarapan di pasar berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.

“Saya dihampiri dua lelaki asing dan seorang wanita yang mahu mengeluarkan wang di sebuah bank sebelum mengajak saya pergi ke sebuah kereta.

“Saya yang mahu membantu tiga individu itu menaiki kereta sambil membawa barangan dibeli di pasar pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit 5 Sentosa, Sekinchan di sini, hari ini.

Jelas Mustafa, lelaki yang memandu kereta itu kemudian memberitahu dia mahu melihat jam tangannya, manakala dua cincin turut ditanggal untuk dilihat wanita tersebut.

Setibanya di bank, seorang daripada mereka meminta supaya mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

“Mereka beri alasan tiada wang sebelum meninggalkan bank dalam keadaan tergesa-gesa. Saya hanya menyedari ditipu apabila mereka tidak muncul lebih 15 minit kemudian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Khalid Mohamad berkata, suspek dipercayai menyasarkan warga emas untuk memperdayakan mangsa dengan kata-kata simpati. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI