fbpx

Trak pikap halang laluan ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Titan berwarna putih dilihat cuba menghalang laluan ambulans. – KhaoSod

BANGKOK – Sebuah trak pikap dirakam menghalang laluan ambulans yang sedang dalam perjalanan mengambil pesakit dalam kejadian di Bandar Pattaya, Thailand semalam, lapor laman berita Thaiger.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, perakam yang dikenali sebagai Taveeporn berkata, insiden berlaku berhampiran sebuah blok kondominium.

Seorang penghuni warga Russia dikatakan mengalami sakit dada, menyebabkan sebuah ambulans dari Hospital Bandar Pattaya dihantar  untuk membawanya ke pusat perubatan.

Sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Titan berwarna putih kemudian dilihat cuba menghalang laluan ambulans sehingga kedua-dua kenderaan itu tiba di sebuah kawasan u-turn di laluan masuk kondominium berkenaan.

Taveeporn kemudian mempersoalkan tindakan pemandu trak pikap yang enggan memberikan laluan kepada ambulans.

Dia turut membandingkan sikap pemandu di negara-negara lain yang sering memberi keutamaan kepada kenderaan hospital. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI