fbpx

‘Timbul lah Nur Damia Qaisara, ibu reda dengan pemergian mu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Nur Damia (kanan) dan Siti Aisyah.

RANTAU PANJANG – “Kak Yong timbul lah, ibu reda dengan pemergian mu”. Demikian doa Farah Adnan, 32, buat anaknya Nur Damia Qaisara Mohd. Sabre,11, yang hilang lebih 24 jam akibat terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Petai Dusun di sini kelmarin.

Menurut Farah, selepas merintih dalam doa, mayat Nur Damia Qaisara akhirnya ditemui terapung oleh saudara-maranya dan penduduk kampung kira-kira satu kilometer dari tempatnya terjatuh kira-kira pukul 7 pagi tadi.

“Selesai solat Isyak malam tadi, saya merintih ‘kak yong timbul lah, ibu reda dengan pemergian mu. Alhamdulillah jasad anak saya ditemui hari ini,” katanya dihubungi Kosmo! hari ini.

Farah memberitahu, dia pada awalnya bimbang jika Nur Damia Qaisara disemadikan tanpa kubur kerana berkemungkinan besar anaknya itu dihanyut jauh dari lokasi kejadian.

Menurutnya, dia menaiki bot bersama bomba ke ladang kelapa sawit dan terdetik untuk ke kawasan ranting kayu hanyut yang tersangkut dalam di kawasan tersebut.

“Kebetulan suami dan saudara-mara turut mencari di kawasan itu dan usik rumpunan ranting kayu yang tersangkut. Mungkin disebabkan tindakan itu, jasad Nur Damia Qaisara ditemui hari ini,” ujarnya.

Menurutnya, jenazah Nur Damia Qaisara akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baroh Pial hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan yang lemas akibat terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Petai Dusun di sini akhirnya ditemui pagi tadi selepas tiga hari hilang.

Mayat Nur Damia Qaisara ,11, dijumpai kira-kira pukul 7 pagi oleh penduduk kampung di kawasan kebun kelapa sawit yang terletak 1 kilometer (km) dari lokasi dia mandi-manda bersama rakannya, Siti Aisyah Mazi,11. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI